w i f u e
wifeu of your bias
Pemain Piano Terkenal Pengenalan Jenis Teknik Bermain Home Kord Piano Powerpoint Muzik Follow Kemahiran Belajar Integriti
Kord Piano
Saturday, 20 September 2014 | 02:37 | 1 comments

Kord Piano

            Kord mempunyai tiga atau lebih not yang dimainkan serentak. Arpeggio adalah not-not dalam sesuatu kord yang dimainkan secara berasingan samada menaik, menurun atau menaik dan menurun. Kord–kord yang paling asas yang boleh digunakan bagi mengiringi lagu dinamakan Kord Primer. Kord primer untuk lagu dalam nada major terdiri daripada kord I, kord IV dan kord V. Kord-kord sekunder iaitu kord ii dan kord vi adalah sebagai pilihan bagi menambahkan variasi harmoni kepada lagu tersebut. [ Catatan : huruf roman besar bermaksud kualiti kord tersebut adalah major (kord Major), huruf roman kecil bermaksud kualiti kord tersebut adalah minor (kord Minor) ]. Untuk lagu dalam nada minor harmonik, cara menulis kord primer dan kord sekunder adalah kord i, kord ii, kord iv, kord V dan kord VI. Kebanyakan kord dimainkan dalam kedudukan perdu tetapi untuk pergerakan kord yang lebih lancar kedudukan pembalikan pertama dan pembalikan kedua digunakan. Contoh : kord I dalam nada C major - C, E, G dimainkan dalam kedudukan perdu. Kord IV iaitu F, A, C dalam kedudukan perdu akan dimainkan dalam kedudukan pembalikan kedua C, F, A untuk pergerakan yang lebih lancar dari kord I ke Kord IV. Untuk kord V, kord V7 dan kord vi, kedudukan pembalikan pertama dimainkan.


Contoh Kord Piano :