Pengenalan
Saturday, 20 September 2014 | 01:24 | 0 comments
Pengenalan Alat Muzik Piano
Matematik dan irama memang tidak
dapat dipisahkan ibarat lagu dan irama. Oleh itu, keluaran kali ini akan
membawa anda semua meneroka satu alat muzik yang mempunyai irama yang sangat
merdu iaitu piano. Piano merupakan salah satu alat muzik yang terkenal di
dunia. Ia digunakan dalam pelbagai gaya muzik dari pop, klasik dan jazz. Secara
teknikalnya piano adalah alat muzik bertali. Apabila keys ditekan,
ia menyebabkan hammer memukul tali di dalam piano, seterusnya
menghasilkan getaran pada tali dan mengeluarkan bunyi. Piano juga dipanggil
istrumen keyboard. Ini kerana piano dimainkan sama seperti kebanyakkan alat
muzik yang lain seperti organ, harpsichord, electronic keyboards,
dan synthesizers.
Kemunculan instrumen keyboard yang
pertama adalah organ pada abad ke-3 dan kemajuan dunia menyebabkan organ
menggunakan kekunci. Kemudian, pada abad ke-14, harpsichord (piano kuno) telah
dicipta dan menjadi popular di seluruh Eropah. Apabila tali yang ada di
harpsichord dipetik, ianya kelihatan seperti piano kita pada hari ini. Kemudian
pada tahun 1700, Bartolomeo Cristofori seorang pembuat harpsichord Itali telah
mencipta piano. Piano adalah hasil gabungan ekspresi clavichord dengan
kelantangan harpsichord. Pada hari ini, pemuzik boleh mengawal kelantangan dan
tempoh notes yang dimainkan.
Nama
piano datang dari perkataan Itali, Pianoforte yang bermaksud "kuat dan
lembut". Ini kerana anda boleh mengawal kelantangan notes apabila anda
bermain keys. Terdapat dua jenis piano;
a(a) Grand
piano:kedudukan tali dan kerangka utama bagi grand piano adalah melintang. Ini
membolehkan kelantangan piano menjadi panjang.
Grand piano
b(b) Upright
piano: jenis piano ini telah direka untuk menjadi lebih compact terutamanya
untuk piano di rumah. Kedudukan tali dan kerangka utama bagi piano ini adalah
menegak.
Upright
piano
Keyboard
Papan
kekunci (keyboard) piano terdiri daripada 88 kunci (keys). Ianya terdiri
daripada kekunci putih dan hitam. Kekunci putih mewakili notes A,
B, C, D, E, F, dan G. Kekunci hitam yang kecil adalah sharps dan flats.
Kekunci hitam juga dikelompokkan dalam kumpulan 2 dan 3. Ia juga bergilir di
antara kekunci putih.
Keyboard
yang mempunyai 88 keys
Keyboard
mengandungi satu pola pengulangan yang kenali sebagai oktaf. Setiap oktaf
mempunyai 7 kekunci putih (A, B, C, D, E, F dan G) dan 5 kekunci hitam. Not
yang sama berada dalam kedudukan yang sama. Sebagai contoh, apabila anda
melihat papan kekunci, terdapat dua kekunci hitam dalam satu kumpulan. Di
antara kekunci putih adalah notes D dan sebelah kiri kekunci putih adalah notes
C. Susunan notes di atas keyboard adalah berulang.
Untuk
pengetahuan anda juga, kekunci yang paling penting untuk belajar pada permulaan
adalah dibahagian tengah iaitu pada notes C. Apabila anda mula bermain,
kebiasaannya anda akan memainkan notes di atas (ke kanan) tengah C dengan
tangan kanan dan notes di bawah (ke kiri) tengah C dengan tangan kiri anda.