Integriti
Saturday, 20 September 2014 | 02:38 | 0 comments
Integriti
Apakah itu
integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di
kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta
mereka di kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti.
Jadi apakah maksud sebenar integriti ini? Secara ringkasnya, integriti boleh
dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua
integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk
kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini
berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral
tinggi.
Di peringkat individu, integriti
ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan
undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan
umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan
perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta
pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan
dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan
akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture).
Secara idealnya integriti sama ada
di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behaviour'. Jika
semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunas-lunas yang
ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau
negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar
dicapai?
Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat.

Sebenarnya, kita tidak perlu melihat
terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat
untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu
atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di
kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam,
berapa kali kita mandi sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan
bilik tidur, melakukan ibadat, membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya
khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan macam-macam perkara lain yang kita anggap
remeh. Anda tahu jawapannya.